Vivo sekali lagi memperkenalkan satu inovasi yang sungguh ke depan dengan memperkenalkan teknologi Super FlashCharge 120W yang mampu mengecas dengan pantas. Teknlogi yang menjadi bualan mulut pengguna telefon pintar ketika ini telah diperkenalkan di MWC Shanghai 2019 beberapa hari yang lalu.
Pengecasan pantas ini hanya mengambil masa 5 minit untuk mengecas bateri yang mempunyai kapasiti 4000mAh dari 0 hingga 50%. Manakala untuk mengisi penuh sehingga 100% ia mengambil masa hanya 13 minit. Ini adalah satu masa yang sangat singkat dan menakjubkan.
Vivo Super FlashCharge ini mempunyai kuasa sehingga 120W ultra tinggi, 20V voltan dan 6A arus eletrik. Ia disokong dengan USB Type-C.
Seperti Super FlashCharge yang sebelum ini, versi 120W ini turut diguna pakai pada peranti Vivo iQOO. Cuma Vivo iQOO yang diuji di MWC Shanghai 2019 ini adalah yang telah diubahsuai dengan bateri 4000mAh dwi-sel.
Untuk info lanjut, sila layari Facebook Vivo Malaysia atau layari Vivo Store untuk mendapatkan produk terbaru keluaran Vivo.
Loading…