in

Inovasi Dari Vivo Hasilkan Kamera Selfie Menyorok Seperti Kepala Kura-Kura

Vivo kini boleh berbangga dengan keluaran terbarunya Vivo NEX apabila mereka memperkenalkan rekaan konsep kamera menyorok atau ‘pop-up’ dalam membawakan peranti skrin penuh tanpa bazel.

Vivo NEX mempunyai paparan ‘notch-free’ dengan keluasan skrin 6.59 inci Super AMOLED bersama nisbah skrin sehingga 91.24% membuatkan ia menjadi peneraju inovasi dalam reka bentuk, prestasi yang tinggi serta teknologi yang canggih.

Kebolehan fungsi pengimbasan cap jari pada skrin oleh Vivo NEX adalah antara yang terawal diperkenalkan kepada telefon pintar masa kini yang dilihat bakal menjadi ikutan di hari mendatang. Dengan fungsi pengimbasan cap jari generasi ke-3 ini sekaligus boleh mengurangkan lagi bezel pada permukaan hadapan telefon.

Selain paparan skrin yang menawan, Vivo NEX dilengkapi dengan cip pemprosesan yang menjadi sebutan ramai, Snapdragon 845, RAM 8GB, bateri 4000mAh dan storan dalaman 128GB bersama sokongan soran luaran melalui slot kad mikro SD. NEX juga dilengkapi dengan sebuah Unit pemprosesan grafik Adreno 630 yang 30% lebih berkuasa berbanding model terdahulu. Dengan spesifikasi yang mantap macam ni, segala jenis ‘Games’ di telefon pintar yang berat dapat dimainkan dengan lancar serta tidak perlu risau untuk mengambil gambar dan video yang banyak.

Kamera utama Vivo NEX menggunakan tetapan dwi kamera di mana ia menggabungkan lensa 12MP + 5MP dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS) yang digabungkan dengan penstabilan imej elktronik (EIS). Manakala kamera hadapan atau selfie ‘pop-up’ yang bakal menjadi ikutan oleh jenama-jenama telefon pintar yang lain menggunakan lensa 8MP yang turut menyokong fungsi pengimpas wajah. Kamera ini tersembunyi di bahagian atas dalam badan telefon dan hanya akan naik dalam masa satu saat untuk membolehkan pengguna mengambil gambar selfie.

Teknologi SoundCasting Skrin digunakan pada Vivo NEX membolehkan speaker berada pada skrin. Teknologi ini bukan sahaja mengurangkan bezel pada telefon malah meningkatkan kualiti bunyi dengan bass yang lebih kuat tetapi lebih lembut serta bunyi treble yang licin.

Sekali lagi Vivo telah merevolusikan dan menambahkan pengalaman pengguna telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi. NEX menunjukkan keazaman Vivo untuk terus mendahului di dalam industri.

Dengan kewujudan Vivo NEX ini menunjukkan keazaman Vivo untuk terus menjadi peneraju bagi mendahului pesaing-pesaing dalam industri ini. Persaingan yang sihat seperti ini sekaligus dapat merevolusi dan meningkatkan pengalaman pengguna telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi.

Walaupun Vivo dilihat semakin mengorak langkah dalam industri telefon ini ke arah yang lebih premium, tetapi mereka masih tidak melupakan barisan model yang lain. Sebagai contoh Vivo turut membawa fungsi pengimbasan cap jari pada skrin dan kamera AI kepada Vivo V11

Vivo V11 yang tidak kurang hebatnya hadir dengan binaan skrin penuh dengan rekaan takuk kecik seakan-akan titisan air yang menjadikannya sebuah peranti dengan paparan skrin Super AMOLED yang luas atau disebut sebagai Halo FullView berukuran 6.41 inci pada 91.27% nisbah skrin.

Telefon pintar khas untuk fotografi dengan keupayaan AI ini hadir dengan dua warna yang menawan iaitu Starry Night dan Nebula manakala untuk V11i hadir dengan warna Fairy Pink (edisi terhad) yang mungkin lebih sesuai dengan anda.

Untuk bahagian pemprosesan V11 menggunakan Snapdragron 660 AIE dan 6GB RAM manakala V11i menggunakan MediaTek P60 dan RAM 4GB. Kedua-duanya mempunyai ruang storan yang sama dan lebih besar iaitu 128GB ROM. harga jualan semasa untuk V11 dan V11i masing-masing ialah RM1699 dan RM1099.

Untuk butiran lanjut tentang telefon pintar Vivo, sila lawati laman web vivo Store atau vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my)

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/375134393241818/

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Diskaun RM700 Sempena Festival 12.12, Vivo Buat Gila Lagi Woi

Tawaran Hebat Dari Vivo, Boleh Menang Kereta Proton Dan ‘Cash Back’ Sehingga 100% Sempena Vivo Christmas Carnival