in , , ,

Serlahkan Bakat Anda Menimbang Bola Dalam Cabaran TikTok #vivoSuperTime Sempena UEFA EURO 2020™

vivo uefa euro 2020 tm tiktok

Kemuncak kemeriahan UEFA EURO 2020™ kini kian terasa setelah tamatnya babak suku akhir beberapa hari yang lalu di mana pasukan dari Itali, Sepanyol, England dan Denmark mara ke peringkat separuh akhir.

Vivo selaku penaja rasmi telefon pintar untuk UEFA EURO 2020™ kali ini tidak ketinggalan melancarkan kempen yang berelemenkan keprihatinan dan kecerian sebelum bermulanya lagi acara UEFA EURO 2020™ ini iaitu pada 1 Jun yang lalu.

Kempen vivo terbahagi kepada beberapa fasa dan ‘Dream Field’ menjadi pembuka tirai untuk kempen vivo. ‘Dream Field’ membantu pelanggan untuk menjadi sebahagian komuniti yang prihatin di bawah inisiatif Program vivo Care. Pelanggan yang membeli telefon pintar vivo melalui e-kedai rasmi automatik akan menyumbang RM35 kepada Kelab Bola Sepak Pan-Disability.

Kempen pertama yang berlangsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai 2021 ini bagi tujuan mengumpul dana untuk pembangunan sukan Kelab Bola Sepak ini membina pusat latihan khusus dan kemudahan untuk 10 kategori bola sepak kurang upaya di Malaysia.

Dengan kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu Kelab Bola Sepak Pan-Disability melancarkan program mereka untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dan orang dewasa dengan ketidakupayaan untuk turut serta dalam pertandingan bola sepak yang tersusun dan berada dalam sesi latihan yang selamat dan menyeronokkan.

Untuk makluman, Kelab ini menganjurkan bola sepak sebagai alat pembangunan sosial untuk 10 kategori orang kurang upaya di Malaysia. Info lanjut berkenaan kempen vivo ‘Dream Field’ dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Pan-Disability ini, boleh layari laman rasmi Facebook vivo Malaysia, atau e-kedai rasmi vivo.

Untuk fasa kedua kempen, vivo Malaysia memberi ruang kepada semua peminat bola sepak tanah air berkongsi kegembiraan dan detik terindah sepanjang UEFA EURO 2020™ berlangsung.

Dengan itu vivo Malaysia mencabar anda semua turut serta dalam cabaran TikTok #vivoSuperTime yang sedang rancak berlangsung sekarang sehingga 8 Julai 2021. Lapan pemenang bertuah akan memenangi hadiah yang menarik termasuk telefon pintar vivo V21 dan video mereka berpeluang ditayangkan dalam paparan maya yang luar biasa semasa penyiaran upacara penutupan UEFA EURO 2020™ yang akan berlangsung pada 11 Julai ini.

Cara penyertaannya cukup mudah di mana anda hanya perlu ada akaun TikTok dan ‘follow’ akaun @vivo_malaysia. Kemudian rakam video TikTok menggunakan filter #vivoSuperTime dan hantar di akaun TikTok anda dengan hashtag #vivoSuperTime, #ToBeautifulMoments, #CheerNOW serta tag @vivo_malaysia. Pastikan akaun TikTok anda di set kepada ‘public’.

Pemenang untuk cabaran ini akan diumumkan melalui Facebook rasmi vivo Malaysia selepas berakhirnya cabaran TikTok ini nanti. Untuk maklumat lanjut berkaitan cabaran TikTok #vivoSuperTime ini boleh layari website rasmi vivo Malaysia manakala terma dan syarat boleh baca di sini.

Written by sstv

What do you think?

Leave a Reply

Loading…

0

Vivo NEX 3 Dilancarkan, Skrin Nirbingkai Penuh Dan Dwi-Lengkung Ala-ala Waterfall Sangat Menakjubkan