Korang yang selalu main PUBG Mobile tu kalau rasa dah cukup power boleh la sertai Tournament PUBG Mobile ni. Apa guna kalau dah selalu sangat dapat Chicken Dinner lepas tu naik ranking ‘Ace’ dan ‘Conquerer’ tapi tak tunjukkan kemahiran korang tu dekat Tournament PUBG Mobile macam ni.
Kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2018 yang julung kalinya diadakan ini adalah yang terbesar dan yang pertama di Malaysia. Pasukan yang telah mendaftar perlu melalui peringkat saringan terlebih dahulu yang diadakan di Johor, Sabah, Sarawak dan akhir sekali di Kuala Lumpur.
Empat pasukan terkuat akan dipilih dari setiap peringkat saringan ini dan kemudiannya akan berentap antara satu sama lain di peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 untuk merebut gelaran Champion PUBG Mobile Malaysia yang pertama sekaligus membawa pulang wang tunai puluhan ribu ringgit yang ditawarkan.
Di bawah disertakan jadual kejohanan PMNC ini:
Johor – 22 Disember 2018, Paradigm Mall, Johor (sudah berlangsung)
Sabah – 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah
Sarawak – 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak
Kuala Lumpur – 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur
Untuk pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Apa tunggu lagi? Jangan sia-siakan bakat yang ada pada korang tu. Jom daftar pasukan korang di sini.
CEO Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, dengan menganjurkan acara sedemikian, Vivo berharap dapat menyemai semangat kerja berpasukan dan mahu memupuk aktiviti e-sukan di kalangan rakyat Malaysia.
Mai pakat ramai-ramai join pertandingan ni!
Loading…